August 1, 2009

Sejarah

Sekolah Kebangsaan Tetabuan ditubuhkan pada tahun 1952. sekolah ini pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Sukarela rakyat atau Native Voluntary School. Bangunannya beratap daun nipah atau rumbia atas dasar kesedaran penduduk kampung ini tentang pentingnya pendidikan ke atas anak-anak mereka.

Atas inisiatif ketua kampung serta kerjasama penduduk kampung maka terbinalah sekolah tersebut. Manakala tenaga pengajar pula terdiri daripada kalangan anak-anak tempatan. Malah seorang anak tempatan yang berusaha mewujudkan serta menjadi tenaga pengajar di sekolah ini ialah allahyarham Aling B. Ani. Gaji yang diterima oleh alllahyarham adalah mengikut kemampuan penduduk kampung ini. Pada awal pembukaan sekolah ini, jumlah pelajarnya hanyalah dalam lingkungan 50 orang. Walaubagaimanapun atas kesedaran penduduk kampung maka bilangan ini bertambah dari tahun ke setahun. Seterusnya pada tahun 1972, Jabatan Pendidikan telah membina sebuah sekolah tambahan untuk menampung murid yang semakin bertambah bilangannya. Kemudian pada tahun berikutnya pula Majlis Daerah Beluran telah menghulurkan sumbangan untuk membina sebuah bangunan sekolah tambahan. Walau bagaimanapun sekolah ini masih lagi tidak sempurna kerana kekurangan prasarana.

Bagi mengatasi kekurangan itu, pada tahun 1984 dua buah bangunan sekolah telah dibina atas pembiayaan Bank Dunia. Sekolah ini telah dirasmikan oleh timbalan pengarah pendidikan sabah
En. Alwi Hj. Ahmad pada 7 oktober 1986. Sekolah ini terletak di kawasan luar bandar dan dikategorikan sekolah gred B. Pada masa ini (2009) bilangan pelajarnya adalah seramai 122 serta tenaga pengajar seramai 10 orang dan seorang KTBM.

Guru besar sekolah ini En. Saratin Hj. Abd. Hassan telah mentadbir sekolah ini sejak 1987 sehingga sekarang dan dibantu oleh En. Ahmad Hj. Yahya selaku penolong kanan 1. Setiausaha sekolah pula ialah En. Samilin bin Wasiline, sementara pusat sumber dikelolakan oleh En. Mu Ridzuan Jusri. Bagi kemudahan guru-guru, terdapat dua buah rumah guru yang disediakan. Kemudahan lain di sekolah ini ialah terdapat sebuah Bilik ICT untuk tujuan P&P dan ruang untuk guru-guru mengakses internet dan padang sekolah. Ini adalah satu perkembangan berbanding di awal 50-an dimana kawasan sekolah pada zaman itu tidak mempunyai padang kerana berair.

Walaupun sekolah ini agak terpencil dan sukar dihubungi, ini tidak melumpuhkan minat para pelajar untuk terus berusaha. Usaha gigih pelajar ini telah menghasilkan pelajar yang berjaya sehingga ditawarkan ke Maktab Perguruan dan asrama penuh. Adalah diharapkan sekolah ini akan melahirkan lebih ramai golongan cerdik pandai yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek seterusnya menjadi tunjang kepada kejayaan negara dan wawasan 2020

0 ulasan:

Post a Comment