Hanya Analisis terkini yang dapat disampaikan. Kalau berpeluang, info terbaru tentang keputusan UPSR Sk Tetabuan akan disiarkan kelak.
November 11, 2010
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR SK TETABUAN
Hanya Analisis terkini yang dapat disampaikan. Kalau berpeluang, info terbaru tentang keputusan UPSR Sk Tetabuan akan disiarkan kelak.
August 20, 2010
Sekolah Dapat Dua Hari Cuti Tambahan Aidilfitri

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, sekolah akan bercuti selama 11 hari bermula dari 4 September berbanding sembilan hari seperti yang dijadualkan sebelum ini.
"Sekolah-sekolah akan bercuti selama 11 hari termasuk cuti tambahan 13 dan 14 September iaitu hari Isnin dan Selasa" katanya.
Tarikh cuti itu adalah untuk sekolah-sekolah yang cuti hujung minggunya pada hari Sabtu dan Ahad. manakala bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu tarikh mula dan akhir cuti berbeza satu hari lebih awal daripada tarikh yang dinyatakan.
catatan : Utusan Malaysia
April 6, 2010
Rakyat Sabah disaran jaga kebersihan elak wabak denggi
Dipetik dari web New Sabah TimesKOTA KINABALU: Rakyat Sabah disarankan menjaga kebersihan terutamanya di kawasan persekitaran rumah bagi mengelakkan terdedah kepada wabak denggi.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun berkata kementeriannya amat menekankan masyarakat agar sentiasa peka terhadap aspek kebersihan di dalam dan luar rumah.
“Kebanyakan masyarakat kini memandang remeh kepada isu kebersihan persekitaran rumah dengan corak pemikiran yang tidak peka mengenai permasalahan ini,” katanya, selepas melancarkan album artis tempatan Alvin MY, di sini malam kelmarin.
Dala pada itu, beliau bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mior Ahmad Fuad ataupun lebih dikenali sebagai Din Beramboi yang meninggal dunia berikutan sindrom denggi mengejut (DSS) pada Jumaat lepas.
“Kehilangan beliau merupakan kehilangan besar dalam industri seni muzik negara ini dan saya berharap ia menjadi pengajaran kepada orang ramai bahawa denggi merupakan wabak yang berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.
“Oleh yang demikian masyarakat harus tidak meremehkan isu denggi ini walaupun pada masa ini belum ada kejadian yang teruk mengenai wabak ini berlaku di sini,” katanya.
Masidi berkata, dengan melakukan perkara mudah iaitu meletakkan garam khas di pasu yang menakung air supaya menggelakkan daripada pembiakan nyamuk, buang sampah di tempat yang betul dan kerap membersihkan semak-semak di rumah agar nyamuk tidak membiak.
“Nyamuk tidak akan wujud di rumah sekiranya kita peka dengan langkah-langkah yang ditetapkan oleh pihak berkaitan mengenai pencegahan ini.
Beliau juga berharap pihak yang bertanggungjawab mengadakan kempen kesedaran yang lebih agresif agar menyedarkan masyarakat mengenai bahaya denggi.
Malah katanya, dengan pendidikan mengenainya di sekolah misalnya ia dapat disemaikan kepada para pelajar dengan langkah-langkah membasmi dan mencegah wabak denggi itu
“Masyarakat sebenarnya berulang kali diingatkan dengan permasalahan seumpama ini namun sukar untuk menembusi corak pemikiran yang sudah menjadi rutin harian mereka,” katanya.
Masidi berkata, melalui pendidikan yang diberikan di sekolah di harap sebagai langkah yang bijak menangani permasalahan ini.
August 22, 2009
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Kami warga SK Tetabuan, Beluran mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pengunjung blog ini. Sesungguhnya Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya keampunan, penutupnya bebas dari api neraka. Sama-sama menghayati pengertian ibadah puasa ini dengan sesungguhnya. Diharapkan segala amalan di bulan mulia ini diterima oleh Allah.
August 8, 2009
Tindakan tatatertib gagal lapor kes H1N1 di sekolah
KUALA LUMPUR 2 Julai - Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pengetua dan guru besar yang didapati cuai tidak melaporkan kes selesema babi (H1N1) di sekolah masing-masing kepada Kementerian Pelajaran. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong menegaskan, pihaknya akan memberikan surat tunjuk sebab kepada pentadbir sekolah bagi menjelaskan secara terperinci punca sebenar kegagalan mereka berbuat demikian.
"Pengetua dan guru besar dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam perkara ini, sekiranya kita mendapat maklumat mengenainya daripada sumber lain dan bukannya pihak sekolah sendiri, maka kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib," katanya kepada pemberita di Parlimen di sini hari ini.
Tambah beliau, pihaknya juga mengekalkan arahan sebelum ini yang membekukan setiap program guru dan pelajar ke luar negara sehinggalah wabak H1N1 pulih sepenuhnya.
Katanya, kementerian akan menghantar surat pekeliling ke seluruh sekolah melalui Jabatan Pelajaran negeri yang secara automatik membatalkan setiap perancangan pihak sekolah yang mengaturkan lawatan atau program ke luar negara.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya sedia menimbangkan sebarang program di luar negara yang jika dibatalkan akan mendatangkan implikasi kepada hubungan antarabangsa atau keselamatan negara.
"Rayuan boleh dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran untuk dipertimbangkan," katanya.
Sementara itu, Ka Siong juga merayu kepada ibu bapa memastikan anak-anak yang belajar di sekolah yang terlibat dalam penutupan akibat penularan H1N1 baru-baru ini hadir ke sekolah mereka.
Sehingga kini, katanya, hanya kira-kira 80 peratus pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 1, Petaling Jaya yang hadir dan perkembangan ini tidak menggalakkan serta tidak elok untuk perkembangan pendidikan pelajar.
"Saya rasa mungkin ibu bapa masih bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka, saya beri jaminan Kementerian Pelajaran bersama Kementerian Kesihatan mengambil langkah dan penjagaan terbaik bagi memastikan keselamatan pelajar sentiasa terjamin," katanya.
Sumber : Utusan Malaysia
August 1, 2009
Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)
Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian. Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.
Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.
Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)
Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.
Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.
Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
- Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
- Individu berusia 65 tahun dan ke atas
- Kanak-kanak dan remaja (<>
- Wanita mengandung
- Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
- Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
- Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain
Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi
Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.
- Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
- Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.
- Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:
- Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
- Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
- Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
- Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
- Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
- Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
- Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
- Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
- Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
- Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
- Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
- Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)