August 15, 2009

Program 1Malaysia (Indahnya Bandarayaku)

Pada 6 hingga 9 Ogos 2009 yang lalu, seramai 25 orang murid Tahap Dua dan dua orang guru pengiring telah mengikuti Program 1Malaysia (Indahnya Bandarayaku) Peringkat Negeri Sabah untuk semua murid di sekolah pedalaman 2. Mereka telah ditempatkan di Pusat Kokurikulum Negeri, Kem Malangang, Kiulu, Tuaran. Murid-murid telah diberi pakaian dan beg untuk program ini. Murid-murid telah dibawa ke tempat-tempat yang telah dirancang seperti Bandaraya Kota Kinabalu, Muzium Negeri, dan kompleks membeli-belah 1Borneo.

Program ini telah dapat melatih bakat kepemimpinan murid-murid SK Tetabuan kerana sebahagian besar kumpulan-kumpulan yang dibentuk sepanjang program ini berlangsung telah diketuai oleh murid-murid SK Tetabuan. Satu pengalaman yang amat bermakna bagi murid-murid ini kerana buat pertama kalinya mereka berpeluang menjejakkan kaki ke Bandaraya Kota Kinabalu. Semua guru dan murid yang terlibat telah pulang ke sekolah dengan selamat.

0 ulasan:

Post a Comment