August 5, 2009

1Malaysia dan Motivasi UPSR

Pada 7-9 Ogos 2009 ini akan diadakan dua program anjuran PPD Beluran yang melibatkan murid-murid tahap dua SK Tetabuan. Program pertama iaitu Kem 1Malaysia yang akan membawa seramai 25 orang murid tahap dua ke Kota Kinabalu bersama dua orang guru pengiring iaitu En. Samilin Wasiline dan Cik Nor Atiqah Ibrahim. Program kedua iaitu Kem Motivasi UPSR yang akan membawa seramai dua orang murid Tahun Enam ke SMK Beluran 2 bersama seorang guru pengiring iaitu Cik Farhana Mohd Pahmi. Didoakan agar murid-murid dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini selamat pergi dan selamat balik.

0 ulasan:

Post a Comment