August 21, 2009

Program Mencuci Tangan

Baru-baru ini, pihak sekolah telah melancarkan program mencuci tangan dengan betul kepada murid-murid SK Tetabuan sebagai langkah mencegah penularan wabak H1N1 di sekolah. Program ini dilaksanakan setiap hari Selasa dan Khamis. Ibu bapa dan murid-murid telah menyambut baik perlaksanaan program ini. Program ini diselia oleh Cikgu Mu.Ridzuan Jusri dan dibantu oleh guru-guru kelas masing-masing.

Berikut merupakan cara mencuci tangan dengan betul yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mencuci tangan adalah kaedah terbaik untuk mencegah kejadian jangkitan penyakit berjangkit.

7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air dan Sabun
  1. Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
  2. Gosok kedua-dua tapak tangan
  3. Gosok setiap jari dan celah jari
  4. Gosok kuku di tapak tangan
  5. Gosok belakang tangan dan celah jari
  6. Cuci tangan dengan air bersih
  7. Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu
4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub)
  1. Tanggalkan barang kemas/balut bahagian luka
  2. Keringkan tangan dengan tisu/tuala bersih
  3. Letak bahan pencuci ke tapak tangan
  4. Gosok tangan dengan bahan pencuci selama 1 minit

Beri perhatian apabila menggosok belakang tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari

Amalkan Mencuci Tangan:
  • Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
  • Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
  • Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
  • Bila-bila masa tangan anda kotor

0 ulasan:

Post a Comment