October 19, 2010

PERTANDINGAN BOLA SEPAK LIGA SK TETABUAN

Gambar sekitar perlawanan yang berlangsung pada Isnin 19/10/2010


Jurulatih sedang memberi arahan kepada kumpulannya

Perlawanan antara kumpulan 3 & 4

Keadaan padang yang tidak sempurna

Kemeriahan tetap dirasa

Pertandingan Bola Sepak Liga Sk Tetabuan yang dikhususkan kepada murid-murid sekolah ini sedang berjalan dari 18 okt hingga 26 Okt ini. Liga ini bertujuan untuk mencungkil bakat serta kemahiran murid-murid sekolah ini dalam permainan bola sepak serta semangat berpasukan. Namun, pertandingan ini banyak kekurangan yang telah membataskan kelancaran pertandingan ini seperti padang permainan yang tidak rata dan garisan padang hanya menggunakan tali. Ini berlaku kerana keadaan faktor padang ini sendiri yang tidak rata dan berpasir. Ini menyebabkan pertandingan ini terpaksa dijalankan dalam keadaan yang mampu dibuat oleh pihak sekolah. Namun keseronokan yang dirasai oleh semua murid dan jurulatih tidak mencacatkan pertandingan yang sedang berlangsung ini.




October 16, 2010

Sistem pendidikan dirombak

DI Petik dari UTUSANONLINE

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sistem pendidikan negara akan dirombak dengan penekanan diberi kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi serta daya saing yang tinggi.

Bagi tujuan itu Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan sudah meluluskan dana sebanyak RM6.4 bilion bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, peralatan serta memartabatkan profesion guru.

Pada masa yang sama beliau memberitahu, tambahan sejumlah RM213 juta turut disediakan bagi memberi ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi, pengetua, guru besar serta guru yang cemerlang.

“Kerajaan tidak akan berdikit dalam soal pendidikan dan kita juga tidak akan berkompromi dengan kualiti sistemnya. Mereka (anak-anak) akan disediakan dengan segala kelebihan untuk bersaing,” katanya semasa membentang Bajet 2011, di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Najib menegaskan, bidang pendidikan harus bersifat melangkaui fahaman politik kerana setiap anak Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum, adalah aset dan warisan masa depan negara.

Sehubungan itu katanya, kerajaan menyediakan dana pembangunan RM250 juta kepada sekolah bantuan modal agama, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, SJK Tamil, sekolah bantuan modal Mubaligh dan sekolah bantuan di seluruh negara.

“Bagi mengiktiraf Pendidikan Islam pula, kerajaan bersetuju bagi membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat sama ada rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta.

“Manakala, bagi menyediakan guru dan tenaga pengajar kompeten serta berkualiti agar dapat membimbing dan mendidik pelajar dengan baik, RM576 juta diperuntukan dalam bentuk biasiswa untuk mereka melanjutkan pengajian,” katanya.

Mengenai usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar pula, Perdana Menteri memberitahu, kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru asing dari United Kingdom dan Australia.

Sementara itu, Najib menambah, pembangunan modal insan di peringkat kanak-kanak juga tidak dilupakan apabila sebanyak RM111 juta disalurkan untuk Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (Permata).

“Peruntukan ini antaranya bagi pembinaan Fasa Kedua Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN), membiayai operasi 52 PAPN serta meneruskan program Permata Pintar,” katanya.

October 10, 2010

TERIMA KASIH !!

Warga Sk Tetabuan telah berkurang, 3 orang guru telah berpindah ke tempat asal mereka. Kami di Sk Tetabuan mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti selama hampir 2 tahun mengajar di Sk Tetabuan ini. Kepada cikgu Nizar, Farhana dan Noratiqah terima kasih tak terhingga. Semoga perjuangan mendidik akan diteruskan di sekolah yang baru. Salam mesra dari kejauhan dari kami warga Sk Tetabuan.

Sebahagian Gambar dan Video kenangan semasa majlis perpisahan



UCAPAN PERPISAHAN CIKGU NORATIQAH
(Harap Maaf :Kualiti video kurang memuaskan)




UCAPAN PERPISAHAN CIKGU FARHANA
(Harap Maaf :Kualiti video kurang memuaskan)





UCAPAN PERPISAHAN CIKGU NIZAR
(Harap Maaf :Kualiti video kurang memuaskan)




September 12, 2010

Jadual Peperiksaan UPSR 2010

Salam 1Malaysia

Berikut disertakan Jadual UPSR 2010 yang akan berlangsung pada 21 – 23 September 2010.

Tarikh : 21 September 2010 (Selasa)

08.15 - 09.05 pg
011 : Bahasa Malaysia (Pemahaman) - 50 min

09.45 - 11.00 pg
012 : Bahasa Malaysia (Penulisan) - 1 jam 15 min

11.45 - 12.25 tgh
015/2 : Mathematics (Kertas 2) - 40 min


Tarikh : 22 September 2010 (Rabu)

08.15 - 09.15 pg
015/1 : Mathematics (Kertas 1) - 1 jam


Tarikh : 23 September 2010 (Khamis)

08.15 - 09.30 pg
018 : Science - 1 jam 15 min

10.15 - 11.05 pg
014/1 : Bahasa Inggeris (Kertas 1) - 50 min

11.45 - 01.00 ptg
014/2 : Bahasa Inggeris (Kertas 2) - 1 jam 15 min

02.15 - 03.45 ptg
013 : Ujian Aptitud - 1 jam 30 min

Sekian,harap maklum.

August 20, 2010

Sekolah Dapat Dua Hari Cuti Tambahan Aidilfitri

Semua sekolah mendapat cuti tambahan dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri, September depan.


Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, sekolah akan bercuti selama 11 hari bermula dari 4 September berbanding sembilan hari seperti yang dijadualkan sebelum ini.


"Sekolah-sekolah akan bercuti selama 11 hari termasuk cuti tambahan 13 dan 14 September iaitu hari Isnin dan Selasa" katanya.


Tarikh cuti itu adalah untuk sekolah-sekolah yang cuti hujung minggunya pada hari Sabtu dan Ahad. manakala bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu tarikh mula dan akhir cuti berbeza satu hari lebih awal daripada tarikh yang dinyatakan.


catatan : Utusan Malaysia